prince vs princess

prince vs princess
"i think i would like to meet you again.."

Thursday 26 July 2012

~~Maafkan DiriKu~~

Assalamualaikum, dah lama tak berbicara pasal diri di laman ini..bukan untuk terus menyepikan diri cuma ingin membina sedikit kekuatan dengan apa yang terjadi.. Selepas ini tidak akan ada lagi cerita-cerita antara "aku" dan "dia" kerana semuanya tinggal kenangan..Mungkin ini jalan yang terbaik..Sempena di bulan yang mulia ini juga, diri ini memohan kemaafan diatas kesalahan yang mungkin telah menyakiti banyak pihak..Saya bukan insan sempurna dan tidak lari dari khilaf..

"Awak", saya mintak maaf, saya terpaksa pergi dari hidup "awak", sebab saya tau saya bukan yang selayaknya untuk "awak"..kesalahan saya takkan mungkin "awak" terima dengan hati terbuka..Saya telah musnahkan ikatan cinta kita tapi mungkin ini yang sepatutnya dari dulu, dan mungkin saya memang tak sepadan dengan awak..Tapi percayalah, walaupun tanpa "awak" disisi saya, saya tetap akan kuat..Dulu 'awak" takut sangat saya tak boleh hidup tanpa "awak", sekarang saya cuba kuatkan diri saya kerana saya tau takkan ada lagi nama saya dihati "awak"..Saya tak pernah salahkan "awak", malah saya tak boleh lupakan "awak"..

Ya Allah, Ya Tuhanku...Aku memohon kepada Mu keampunan diatas dosa-dosaku..Berikanlah aku peluang untuk merasai nikmatnya CINTA yang diredhai dengan ikatan yang sah..Aku tidak lagi mampu untuk terus berada diawan kerana semua itu hanyalah khayalan dan melalaikan dengan godaan-godaan syaitan durjana..Semoga keberkatan menjadi milik kita yang abadi selama-lamanya..


Tiba-tiba terasa sedih apabila terdengar lagu "Shahir" yang bertajuk "Aku Yang Berdosa"...Terasa sayu je hati..tak tau kenapa..
Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu


Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu


Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku


Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku


Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Tuesday 13 December 2011

~K.E.T.I.K.A.C.I.N.T.A.B.E.R.T.A.S.B.I.H~

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight….kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam ‘anak patung’..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak perasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu

Sunday 13 November 2011

~~Kamu yang Cukup Sempurna BuatKu~~

Meninggalkan dirimu tanpa satu alasan yang cukup kuat bukanlah bererti tiada lagi cinta di dalam.. Tapi kerana aku amat mencintai dirimu, kerana itulah aku melangkah pergi.. Kerana kamu cukup sempurna di mataku..Kerana aku bukanlah seorang yang terbaik menjadi yang teristimewa buatmu..

Aku telah mencuba sebaiknya menjaga hatiku agar tidak berpaling dari terus menyintaimu.. Dan menyanyangimu sepenuhya di dalam erti kehidupan ini.. Aku telah memberikan kepercayaan yang kuat dan penuh di dalam kisah cinta kita yang tiada bertepi ini.. Namun, segala galanya tidak lagi mengikut apa yang kita rancangkan..

Jika kamu mengerti mengenali kamu, merasakan cinta antara kita..Dan menyayangi kamu, mencintai kamu adalah antara hal yang terindah pernah aku lalui di dalam hidupku..Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari jiwaku di dalam hidup ini..

Bagiku..Mencintaimu adalah seikhlasnya..Menyayangimu dengan sepenuhnya..Menerima siapa pun kamu adanya..

Bukan tiada lagi cinta..
Kita, antara aku dan kamu..Mohon agar lepaskan sahaja diri ini..Mohon agar cepat lupakan saja aku ini..Kerana aku bukanlah yang terbaik buat kamu..Kerana aku adalah seorang yang kian menjauh pada satu kisah cinta kita..Bukan kerana tiada cinta kita antara aku dan kamu..

Tapi kamu cukup istimewa...Cukup sempurna..Dan teramat baik berbanding diriku ini..

Andainya kamu tahu..
Amat aku menyayangimu..Tiada akan masa aku tidak merinduimu..Amat tebal di dalam jiwa ini kasih yang telah bersemi..

Andainya kamu tahu..
Telah aku tanamkan azam untuk menjadi tulang rusukmu yang telah hilang..Memasang angan-angan tika malam menjelma..Seolah memohon mimpi indah sahaja tentang kita..

Dan di saat yang kita hajati itu semakin hampir akan sesuatu yang kita tunggu-tunggu..Di dalam meniti perjalanan yang kita sendiri mahukan..Semakin hari semakin kita melihat bertapa pasti akan meriahnya kehidupan hidup berdua..Kerana berdua itu setelah menjadi halal adalah yang kita tunggu-tunggu..

Saturday 22 October 2011

~~B.I.D.A.D.A.R.I+S.Y.U.R.G.A~~

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat istimewa kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah, maka bidadari bagi suaminya adalah dalam kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia sendiri (Isteri Solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari di syurga nanti).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan Sunnah besar Rasulullah SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Suatu pagi di bulan Ramadhan…

Ketika Rasulullah memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), katanya, sesiapa yang keluar berjuang di jalan Allah dan tiba-tiba ia Syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari di syurga nanti. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya
bidadari tersebut. Akan tetapi, dia malu nak bertanyakan kepada Rasulullah kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun demikian, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjuang.

Sebelum Zohor, Sunnah nabi akan tidur sebentar (Dkhailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik serta muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah dan ditunjukinya ke suatu arah.
Maka pemuda itu berjalan ke arah tersebut dan dia mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat begitu cantik didunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab “Eh tidak! Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana.”

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan dia lihat ada seorang lagi wanita yang sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai. Kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi. Diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, “Tidak… saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana. Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya
sungguh mengagumkan.

Akhirnya, dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang amat cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua. Wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. Apabila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab. “Nanti! Kamu belum Syahid lagi!” Pemuda itu pun tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabatnya yang lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Rasullullah SAW akan tetapi sekiranya dia Syahid, barulah boleh ceritakannya kepada baginda.

Pada petang itu, pemuda tersebut bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah Syahid.

Pada hari yang sama, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, untuk berbuka, maka seorang sahabat telah bangun dan merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang Syahid tadi. Selepas itu, Rasullah menjawab “Benar… benar…benar…”

Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga. Subhanallah…

Sunday 28 August 2011

~~B.I.L.A C.I.N.T.A~~

kadangkala...aku terfikir, sampai bila hubungan kami akn terus dingin seperti ais...salah siapa?akukah...atau dia..tapi demi Allah, aku tak pernah salahkan dia...kerana smua nie disbbkan aku...aku yg terlalu gilakan dia...aku tau aku terlalu bodoh kerana meletakkan harapan setinggi gunung...kenapa aku terlalu obses dgn llki yang bernama Khairul Anwar nie, aku pn tak tau...

kadang2, aku terfikir mgkin sampai sini je hubungan nie...TAPI...boleh ke aku hidup...dia ttp mcm dulu, xpnh nk tnya keadaan aku...aku je ke yg bertepuk sebelah tangan...aku datang KL pn sebab nak selalu dekat dengan dia tapi apa yang aku dapat...aku tetap mcm dulu...slma 2bln aku kerja sini baru sekali jumpa dia...kalau dia sayang, dia msti rindu aku tapi....msg pn jarang dn blh dikira ni plak kol...aku tak harap apa2 pun dari dia...

pernah anis terfikir andainya xde cinta pandang pertama...tau knapa anis xnk kerja dkt CKA lg? anis xnk ingt mcm mn anis slalu curi2 pandang khai...anis xnk ingt smua 2, sbb anis mkin sedih...khai lelaki pertama yang anis syg, nk ckp mcm mn ek...urm, lelaki yang anis terus terang, anis suka dia...

Tuesday 9 August 2011

~~..Hidup ini penuh dengan kekeliruan..~~

Hidup nie ibarat roda,sekejap kat atas sekejap kat bawah...langsung xdapat nk dijangkakan...begitulah kehidupan kita seharian...kenalah berusaha untuk mengubah dari yang baik ke lebih baik lagi...sama yang terjadi dalam hidup aku...baru je semalam dapat surat tawaran daripada UTM, Johor untuk sambung master full time...setahun je,aku confuse...family aku dah tentu suruh sambung sbb gaji aku skarang mmg xcukup pn nk support hidup kt KL nie...aku pn ade tnye Khai, dia xkesah asalkan aku dpt bwk...btol ke dia xkesah?aku xnk dia nmpak ktorg bbeza...
umur aku dh 24 skrg ni, klau smbung 1thn hbs umur 25 lpas 2 apply jd lecterer kat kolej atau politeknik...tp klau aku smbung mcm mn nk bli kereta idaman aku tuh....alllaaaaaaaaaa....lmbt lgilh...

Monday 25 July 2011

"1st Time....Happy Sangat.."

Akhirnye tanggal 22 july 2011, dpt jgk jmpe dgn org yg paling aku sayang...paling akhir aku jmpe dia bln 5, 2pn aku brusaha utk turun KL,mmg hri nie aku wat kje paling gile dlm hdup aku..habis je wktu kje hr jumaat aku terus cabut naik train...yelah ade mtor tp xbrani nk bawak...

aku beli tiket terus ke kajang, mn tau dia xduk situ dah..skrg duk cyberjaya plak...selain dr train aku mmg xbrani nak naik LRT ke ERL ke...naik train mmg ambik mse skit...yelh ramai org...aku smpai kt serdang dlm pkul 8, sptotnye aku ke kajang tp train wat hal plak...so, tpksa khai dtg ambik kt serdang...

aku rase aku mmg gile...tgk je muka dia, aku terus blh snyum...knpe ek?happy sgt2...tp aku xletak hrpn 2tggi sgt...sbb bile kite syg dia sgt2...kite cpt akn hilang dia...syg xbmkna kite trus mmilikinya...2prinsip yg aku pegang skrg...aku happy bile tgk dia happy...mmg aku cintakn dia, utk mmiliki dia...mgkin 2 hnya impian aku sorg...takot nk pegang tali layang2...yg bkemungkinan akn trputus atau dibawa angin kencang...walau apa pn terjadi, anis tetap syg khai sgt2...xkn ade org yg bjaya buat anis jtuh cinta dgn sekali pandang..mgkin khai xpnh tau...anis jtuh cinta dgn khai bila anis jumpa khai 1st time kt tpt praktikal dulu...lpas 2anis terus psg angan2 utk terus rapat ngn khai....wlaupn anis malu, tp 2yg anis cuba smpai skrg...thanks..

Thursday 21 July 2011

~~Antara kasih sayang dan Cinta..~~

Kasih Sayang dan Cinta...
mungkin orang akan tertanya2...apa yang ada pada kasih sayang dengan cinta, xsama ke...dah sayang sudah tentu cinta...jawapannye amat berbeza sekali...contoh kasih sayang yang dimaksudkan...kasih sayang kepada kedua org tua, adik2...sahabat..tapi cinta lebih mendalam...

kalau nk dibandingan kasih sayang dengan cinta terhadap seseorng pulak macam mana terutama lelaki lah...bila kita sentiasa berasa bahagia, happy..boleh bertolak ansur...cakap pn main lepas je...adakah itu dikategorikan sebagai kasih sayang?

jika kita sentiasa ingin bersamanya...merindui dirinya, bila bjumpa lidah pn kelu tak terkata...malu menatap wajahnya, adakah itu dikatakan cinta?seringkali aku bermonolog sendiri...apa yang diertikan dengan kasih sayang dan cinta?yang mana paling bererti dalam hidup seorang wanita...

haruskah mengorbankan cinta demi kasih sayang yang tak pernah berbahagi...buntu kepala memikirkannya..yang ditunggu xkunjung tiba...resah dihati tak siapa yang tau..yang dipuja langsung tak tanya khabar...ituah cinta, harus berkorban demi orang yang dicintainya?tapi sampai bila?wang dan rupa bukan ukuran tapi ikhlas kah dia dalam mempertahankan cinta yang dibina...salah ke kalau perempuan yang mulakan cinta?rasanya tak de yang salah untuk berterus terang, daripada langsung melepas dan kecewa...tapi yang xtau, sejauh mana cintanya, kalau hanya sekadar kata tiada guna...BUKTIKAN padaku supaya ku mengerti HATIMU jua...

Saturday 9 July 2011

My 1st career....

Skrg dh tiba masanye utk ceberkn diri dlm kerjaya....xtau nk fkir ape, yang penting apa yang ada kt depan mata kita pegang wlaupn xckup smpurna....erm title sbg landscape architect kt sebuah syarikat...nmpk mcm bguslh sgt tp hanya dimata...mmg xcukup dr segi gaji...dpt pn xlh bnyk ckup utk mkn...aku kje kt Metropolis Design Consultant, Bandar Sunway...jauh dr umh...dh 1mggu dul ulang alik naik train....

dlm mggu nie jgk aku jmpe org yg paling aku nk elakkan slme nie...bnda yg pling kte xnk ttp akn blaku jgk wlaupn kte dh cbe sedaya upaya kita...nk tau spe?mestilah Aida...blh plak dia duk tegur aku...ckp dpn aku elok je....tp aku mls nk bgtau khai, aku xnk dia serabut ngn mslh nie....mcm tau2 je dia kol aku lpas 2, aku ingt aida dh bgtau dia, rpe2nye xbgtau pn lg...mse aku kt ofis khai kol lg...aida duk kte bkn2...ade ke ptot dia ckp aku tkot kt dia, blh blah lh...dpn2 xnk ckp, dh blkng bru brani nk ckp, poyo je minah 2..xde siapa nk jd kwn atau musuh dia, xingin pn....aku pnh ckp klau dia btol suka khai wat lh cara yg baik jgn nk mngata org, jgn nk cri psl ngn org...klau khai suka dia, 2hak dia...kite xblh nk hlg...cuma redha ngn tentuan...