prince vs princess

prince vs princess
"i think i would like to meet you again.."

Sunday 13 November 2011

~~Kamu yang Cukup Sempurna BuatKu~~

Meninggalkan dirimu tanpa satu alasan yang cukup kuat bukanlah bererti tiada lagi cinta di dalam.. Tapi kerana aku amat mencintai dirimu, kerana itulah aku melangkah pergi.. Kerana kamu cukup sempurna di mataku..Kerana aku bukanlah seorang yang terbaik menjadi yang teristimewa buatmu..

Aku telah mencuba sebaiknya menjaga hatiku agar tidak berpaling dari terus menyintaimu.. Dan menyanyangimu sepenuhya di dalam erti kehidupan ini.. Aku telah memberikan kepercayaan yang kuat dan penuh di dalam kisah cinta kita yang tiada bertepi ini.. Namun, segala galanya tidak lagi mengikut apa yang kita rancangkan..

Jika kamu mengerti mengenali kamu, merasakan cinta antara kita..Dan menyayangi kamu, mencintai kamu adalah antara hal yang terindah pernah aku lalui di dalam hidupku..Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari jiwaku di dalam hidup ini..

Bagiku..Mencintaimu adalah seikhlasnya..Menyayangimu dengan sepenuhnya..Menerima siapa pun kamu adanya..

Bukan tiada lagi cinta..
Kita, antara aku dan kamu..Mohon agar lepaskan sahaja diri ini..Mohon agar cepat lupakan saja aku ini..Kerana aku bukanlah yang terbaik buat kamu..Kerana aku adalah seorang yang kian menjauh pada satu kisah cinta kita..Bukan kerana tiada cinta kita antara aku dan kamu..

Tapi kamu cukup istimewa...Cukup sempurna..Dan teramat baik berbanding diriku ini..

Andainya kamu tahu..
Amat aku menyayangimu..Tiada akan masa aku tidak merinduimu..Amat tebal di dalam jiwa ini kasih yang telah bersemi..

Andainya kamu tahu..
Telah aku tanamkan azam untuk menjadi tulang rusukmu yang telah hilang..Memasang angan-angan tika malam menjelma..Seolah memohon mimpi indah sahaja tentang kita..

Dan di saat yang kita hajati itu semakin hampir akan sesuatu yang kita tunggu-tunggu..Di dalam meniti perjalanan yang kita sendiri mahukan..Semakin hari semakin kita melihat bertapa pasti akan meriahnya kehidupan hidup berdua..Kerana berdua itu setelah menjadi halal adalah yang kita tunggu-tunggu..

No comments:

Post a Comment