prince vs princess

prince vs princess
"i think i would like to meet you again.."

Thursday 26 July 2012

~~Maafkan DiriKu~~

Assalamualaikum, dah lama tak berbicara pasal diri di laman ini..bukan untuk terus menyepikan diri cuma ingin membina sedikit kekuatan dengan apa yang terjadi.. Selepas ini tidak akan ada lagi cerita-cerita antara "aku" dan "dia" kerana semuanya tinggal kenangan..Mungkin ini jalan yang terbaik..Sempena di bulan yang mulia ini juga, diri ini memohan kemaafan diatas kesalahan yang mungkin telah menyakiti banyak pihak..Saya bukan insan sempurna dan tidak lari dari khilaf..

"Awak", saya mintak maaf, saya terpaksa pergi dari hidup "awak", sebab saya tau saya bukan yang selayaknya untuk "awak"..kesalahan saya takkan mungkin "awak" terima dengan hati terbuka..Saya telah musnahkan ikatan cinta kita tapi mungkin ini yang sepatutnya dari dulu, dan mungkin saya memang tak sepadan dengan awak..Tapi percayalah, walaupun tanpa "awak" disisi saya, saya tetap akan kuat..Dulu 'awak" takut sangat saya tak boleh hidup tanpa "awak", sekarang saya cuba kuatkan diri saya kerana saya tau takkan ada lagi nama saya dihati "awak"..Saya tak pernah salahkan "awak", malah saya tak boleh lupakan "awak"..

Ya Allah, Ya Tuhanku...Aku memohon kepada Mu keampunan diatas dosa-dosaku..Berikanlah aku peluang untuk merasai nikmatnya CINTA yang diredhai dengan ikatan yang sah..Aku tidak lagi mampu untuk terus berada diawan kerana semua itu hanyalah khayalan dan melalaikan dengan godaan-godaan syaitan durjana..Semoga keberkatan menjadi milik kita yang abadi selama-lamanya..


Tiba-tiba terasa sedih apabila terdengar lagu "Shahir" yang bertajuk "Aku Yang Berdosa"...Terasa sayu je hati..tak tau kenapa..
Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu


Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu


Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku


Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku


Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu